4 Sifat Wajib Rasul dan Tugas Mereka - Aku Muslim (2024)

Apakah sifat wajib bagi seorang rasul dan tugas mereka? Artikel ini akan membincangkan dengan terperinci berkenaan sifat wajib bagi seorang rasul

Beriman kepada para rasul merupakan salah satu daripada rukun iman yang enam. Pertama sekali, mari kita menelusuri makna nabi dan rasul supaya kita jelas akan perbezaannya.

Definisi Nabi dan Rasul

Nabi dari segi bahasa bermaksud pembawa khabar atau berita. Dari segi istilah, nabi ialah lelaki pilihan Allah yang diwahyukan kepadanya atau menerima syariat seperti hukum hakam untuk dirinya sendiri. Nabi tidak wajib menyampaikan syariat ini kepada orang lain, cukup untuk amalannya sendiri sahaja.

Rasul pula dari segi bahasa bermaksud berturut-turut. Dari segi istilah, rasul ialah seorang lelaki yang menerima wahyu lalu diwajibkan untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Rumusannya, nabi lebih umum berbanding rasul. Setiap rasul merupakan nabi dan setiap nabi tidak semestinya rasul.

Sifat-sifat Wajib Bagi Rasul

Setiap nabi dan rasul sejak zaman Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad itu pasti mempunyai 4 sifat wajib yakni:

1. Benar (siddiq)

Nabi sentiasa menyampaikan kebenaran tanpa melibatkan emosi dan nafsu. Segala pertimbangan nabi mestilah bertepatan dengan kehendak Allah dan wahyu yang disampaikan.

Allah berfirman dalam Surah al-Yasin ayat 52:

(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul.

Suatu ketika, ramai orang tidak percaya apa yang disampaikan oleh para rasul tentang hari kebangkitan. Namun, ketika sampai ke hari kejadian itu nanti, barulah mereka hendak menyesal. Rupa-rupanya, apa yang disampaikan oleh rasul itu benar.

Allah berfirman dalam Surah an-Najm ayat 3-4:

Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.

Apa yang disampaikan oleh para rasul itu tidak lain dan tidak bukan kebenaran semata-mata. Rasul tidak akan bercakap berdasarkan nafsunya. Rasul hanya akan bercakap berdasarkan wahyu yang telah wahyukan kepadanya sahaja.

2. Menyampaikan (tabligh)

Para rasul akan menyampaikan segala syariat yang diterima daripada Allah kepada umatnya. Inilah sifat tabligh, iaitu menyampaikan. Para rasul tidak akan menyorokkan sebarang ajaran. Para rasul juga tidak akan menyembunyikan sebarang syariat.

Allah berfirman dalam Surah al-Mai’dah ayat 99:

Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah SAW selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja.

Para rasul wajib menyampaikan perintah-perintah Allah kepada masyarakat tanpa tertinggal barang sedikit pun.

3. Bijaksana (fatonah)

Para rasul memiliki kebijaksanaan dalam segala aspek dan pembawaannya. Mustahil sama sekali para rasul itu tidak bijak bercakap, tidak bijak mengurus dan sebagainya.

Allah berfirman dalam Surah Sad ayat 20:

Dan Kami kuatkan kerajaannya, serta Kami kurniakan kepadanya hikmat kebijaksanaan dan kepetahan berkata-kata (dalam menjalankan hukuman dan menjatuhkan hukuman).

Dalam ayat ini, Allah tujukan kepada para rasul yang menjadi hakim kepada masyarakatnya. Dalil ini menjadi bukti bahawa para rasul mempunyai kebijaksanaan dan kecerdikan dalam setiap aspek.

5. Amanah

Semua rasul boleh dipercayai, mereka menjalankan tanggungjawab dengan penuh integriti dan adil.

Hal ini boleh dilihat dari segi sejarah kehidupan Nabi Muhammad. Baginda sebelum dilantik menjadi rasul pun baginda sudah menjadi orang yang dipercayai dalam kalangan orang Arab ketika itu, sehingga beliau digelar al-Amin.

Tugas-tugas para Rasul

1. Membawa akidah yang benar

Yakni, mengesakan Allah SWT. Perkara ini konsisten dibawa oleh semua rasul kepada umatnya masing-masing. Allah berfirman dalam Surah al-Syura ayat 13:

Allah telah menerangkan kepada kamu antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkan-Nya kepada Nabi Nuh dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad SAW) dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: Tegakkanlah pendirian agama dan janganlah kamu berpecah-belah atau berselisihan pada dasarnya.

Setiap rasul akan membawakan akidah yang benar kepada umatnya agar mereka mengesakan Allah SWT. Bukan kepada berhala, dewa-dewa dan lain-lain.

Allah berfirman dalam Surah an-Nahl ayat 36:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut.

Selain itu juga, para rasul mengajarkan kepada umatnya cara-cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

2. Mengajarkan umat syariat

Pertama, setiap umat akan diajak untuk mengesakan Allah. Untuk membuktikan kepercayaan dan keyakinan, maka perlulah untuk mengamalkan segala syariat yang disampaikan oleh para rasul.

Solat, zakat, puasa dan sebagainya merupakan bukti kepada keimanan. Contohnya, Nabi Muhammad mengajarkan solat kepada para sahabatnya. Caranya, ikut sahaja cara yang dilakukan oleh baginda. Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendirikan sembahyang sebagaimana kamu melihat daku mengerjakannya. (Riwayat Bukhari)

Segala hukum-hakam juga diajarkan oleh para rasul kerana aturan kehidupan kita menentukan kita akan bahagia di dunia dan di akhirat.

Allah berfirman dalam Surah Ibrahim ayat 4:

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka.

Segala hukum-hakam itu diajarkan untuk mencapai kebaikan umum dalam kehidupan. Setiap syariat adalah kemaslahatan. Tidak ada syariat yang diajarkan merupakan syariat yang sia-sia. Semuanya adalah untuk bahagia di dunia dan di akhirat.

Kesimpulan

Para rasul mengajak umatnya untuk mengesakan Allah lalu mengabdikan diri kepada-Nya.

Rujukan

1. Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali. (2015). Perbahasan Akidah Islam. Pustaka Salam.

4 Sifat Wajib Rasul dan Tugas Mereka - Aku Muslim (2024)

References

Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Domingo Moore

Last Updated:

Views: 6408

Rating: 4.2 / 5 (53 voted)

Reviews: 84% of readers found this page helpful

Author information

Name: Domingo Moore

Birthday: 1997-05-20

Address: 6485 Kohler Route, Antonioton, VT 77375-0299

Phone: +3213869077934

Job: Sales Analyst

Hobby: Kayaking, Roller skating, Cabaret, Rugby, Homebrewing, Creative writing, amateur radio

Introduction: My name is Domingo Moore, I am a attractive, gorgeous, funny, jolly, spotless, nice, fantastic person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.